Monday, July 28, 2008

Cengkih Restaurant, Hartamas - Best Pantai Timur malay food!

Best East Coast Malay food in KL? You better believe it! I would best describe this place as nasi campur or the Malay equivalent of 'Economy Rice' or 'Chap fan'. Very very popular!

Add: Cengkih Restaurant @ 16, Jalan Sri Hartamas 25/70A , Sri Hartamas , KL
Located: Next to the Bonjuk Korean porridge restaurant
Tel: +6013 369 4747 (Mr Abdul Hadi)
Opening hours: 10:30 am - 03:30 pm


SLURP! The lady will give you some rice, put at least 3 or 4 of the different kuahs / gravy / curries on your rice, and top it up with some vege and fried chicken. That's how we do it!


The signature dish? Definitely the Ayam Kampung. Fried Village chicken, that is incredibly tasty and has a lovely texture.


ps. Don't let the bad parking situation at lunch-hour put you off, the food is excellent and its worth being patient to find a lot!


Look what I found from the Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak - jphpk.gov.my website!

Ayam kampung menu istimewa
Oleh FUAD HADINATA YAACOB
Harian Metro, 9 Julai 2006

MASAKAN ayam kampung ada tarikan tersendiri hingga ia menjadi pilihan pertama jika dibandingkan dengan menu seperti daging, ikan atau ayam daging.

Rasanya yang enak cukup membuatkannya menjadi rebutan, malah ada yang sanggup pergi jauh semata-mata untuk merasai keenakannya.Hari ini, penduduk Kuala Lumpur tidak perlu lagi pergi jauh kerana ada pelbagai gerai menjual aneka lauk-pauk berasaskan ayam kampung.Satu daripada restoran seumpama itu ialah Restoran Cengkih yang terletak di Desa Sri Hartamas.

Sekadar nama, restoran itu menawarkan menu seperti gulai ayam kampung dan ayam kampung goreng yang pasti membuka selera sesiapa saja.Ini kerana, menu yang ditawarkan bukan saja diperoleh daripada ayam kampung segar atau baru diproses setiap hari, tetapi cara memasak dan rasanya saling tidak tumpah seperti di rumah sendiri.Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga ditawarkan dengan pelbagai menu istimewa dari Pantai Timur yang enak seperti daging kerutuk, gulai daging cincang, sup tulang dan sup tulang rusuk.

Restoran yang dibuka sejak 4 Julai lalu itu pasti tidak mengecewakan pengunjung kerana pilih saja yang mana berkenan di hati, semuanya ada rasa dan keenakan tersendiri.Pemiliknya yang juga rakan kongsi restoran itu, Abdul Hadi Abdul Mutalib, berkata ayam kampung menjadi menu istimewa Restoran Cengkih di samping 22 menu lain yang menyelerakan.
“Setiap hari kita memperoleh bekalan ayam kampung daripada pemborong dalam keadaan segar. Selain itu, kita menyediakan menu tradisional masyarakat Pantai Timur dan pengunjung tidak perlu risau dengan harga kerana ia berpatutan,” katanya.

Untuk menu ayam kampung goreng, gulai ayam kampung dan ayam kampung paprik bagi suku ayam, masing-masing dijual pada harga RM4, gulai daging cincang (RM3), gulai daging kerutuk (RM3.50), gulai ikan tenggiri (RM3) dan paru-paru goreng pedas (RM3).
Selain itu, pengunjung boleh memilih menu seperti daging masak merah (RM3), gulai ikan tenggiri (RM3), ikan percik (RM2.50), sambal udang (RM4.50), kerabu (RM3), gulai siput sedut (RM3), ulam-ulaman (RM0.50) dan sambal belacan (RM1).
Untuk membasahkan tekak, pengunjung boleh memilih pelbagai jus buah-buahan (RM3), limau, barli ais, sirap bandung dan milo ais (RM1.50), teh dan kopi tarik (RM1.20), sirap bandung cincau (RM2.50) dan teh ais (RM1.50).

Dengan suasana santai dan relaks melalui dekorasi serta hiasan dalamannya, pengunjung pasti merasai ketenangan tatkala menjamu selera.
Abdul Hadi berkata, buat permulaan Restoran Cengkih beroperasi dari jam 10.30 pagi hingga 3.30 petang setiap hari dan menjelang akhir tahun ini akan dibuka sehingga lewat malam.

Sempena ketibaan Ramadan tidak lama lagi, Restoran Cengkih yang mampu menampung 70 pelanggan pada satu masa itu turut menyediakan hidangan berbuka puasa melalui aneka juadah secara bufet.
Sesiapa yang berminat menjamu selera di sini atau ingin mengadakan aktiviti seperti jamuan boleh menghubungi Abdul Hadi di talian 013-3694747 atau datang terus ke No: 16, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

No comments: